Recent posts

TypeTitleAuthorRepliesLast Post
Imported itemBDKC: Kelahiran Buku Terbaru pa02 hours 21 min ago
Imported itemHujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa' Dimulakan. MU02 hours 21 min ago
Imported itemKempen Selamatkan Negara. Vol 5 Nasrudin02 hours 21 min ago
Imported itemFrance Readies Burqa Law, UK Urges Ban IOL04 hours 31 min ago
Imported itemIsrael Chokes 1.5mln Gazans For Soldier: UN IOL04 hours 31 min ago
Imported itemIndia Quizzes Top Hindus Over Muslim Killings IOL04 hours 31 min ago
Imported itemPenentu Jalan Kejayaan pa06 hours 36 min ago
Imported itemIraq Race Tight, Opposition Cries Foul IOL06 hours 36 min ago
Imported itemUS Scolds Europe For Muslim Discrimination IOL08 hours 37 min ago
Imported itemRajmohan Gandi: Islam Tidak Identik dengan Terorisme dakwatuna.com08 hours 37 min ago
Imported itemCadangan kepada PAS DrSiti Mariah Mahmud08 hours 37 min ago
Imported itemKempen Selamatkan Negara. Vol 4 Nasrudin08 hours 37 min ago
Imported itemIsu Natrah Tidak Satukan Rakyat Melayu khalidsamad08 hours 37 min ago
Imported itemGaza...1000 Days Under Siege IOL010 hours 38 min ago
Imported itemUS Court OKs “God” in Pledge of Allegiance IOL010 hours 38 min ago
Imported itemPerhiasan Lelaki -Ust Azhar Idrus luqmankhairi010 hours 38 min ago
Imported itemIslam Should Not be Imposed on People khalidsamad010 hours 38 min ago
Imported itemPolis Dubai beri amaran tentang agen Mossad. palestinkini.info014 hours 41 min ago
Imported itemLaporan alternatif kepada pembunuhan Al-Mabhouh. palestinkini.info014 hours 41 min ago
Imported itemBiden melawat Ramallah. palestinkini.info014 hours 41 min ago
Imported itemAktivis US memprotes kedatangan penari ballet Israel. palestinkini.info014 hours 41 min ago
Imported itemUniversiti di Mesir tuduh Zionis curi air dari Sinai. palestinkini.info014 hours 41 min ago
Imported itemLima warga Palestin cedera terowong runtuh. palestinkini.info014 hours 41 min ago
Imported itemPenempatan tingkatkan kebimbangan tentang permohonan OEDC. palestinkini.info014 hours 41 min ago
Imported itemKenapa rakyat perlu bosan dengan Umno AH016 hours 42 min ago

Cari Jodoh Islam (Malaysia)

Advertise here for RM10 yearly per link / 1 line

Contact us to submit your ads

BDKC: Kelahiran Buku Terbaru

BENAR sungguh kata orang; penantian itu adalah satu penyeksaan. Bila mengenangkan balik diri ini bertungkus-lumus diketerbatasan masa dan kudrat untuk mengeluarkan idea bernas buat santapan minda, rupa-rupanya bukan mudah, penuh ranjau dan onak. Kesabaran amat diperlukan saat-saat ini. Orang tua selalu pesan, belajar dari pengalaman, belajar dari kegagalan, kerana semua ini merupakan aset kita bila berdepan pelbagai ragam dan suasana sebagai manusia.

Alhamdulillah.. terima kasih Tuhan.

Kini saya mampu tersenyum lebar, rasa syukur, puas tiada kepalang lagi bila penantian selama ini berakhir jua. Buku terbaru saya berjaya diterbitkan; Berteduh Di Kebun Cinta. Bagi seorang penulis, menanti hasil karya tulisan sendiri diterbitkan, bagaikan menanti penuh sabar saat kelahiran anak sulung, tiada apa bisa digambarkan ruh dan perasaan seorang ibu tabah melahirkan, dan seorang bapa mendoakan, tiada terungkap melalui kata-kata melainkan sujud tanda terima kasih.

Perasaan mereka terukir dibalik kemeriahan kenduri ‘aqiqah, diadakan majlis tahnik pada hari ketujuh selepas kelahiran. Haiwan ternakan dikorbankan, dimasak sedap-sedap buat jamuan para hadirin, debaran selama ini sudah ditinggalkan kerana debaran di hadapan lebih perit dalam membesar, mencorak, dan mengatur sebuah denai perjalanan satu jasad suci bersih ini.

Menulis buku terbaru sungguh tercabar, bukan sahaja berdepan idea, solusi, dan tindakan bagi melahirkan satu-satu bab, bahkan perlu mendepani suasana, cuaca, komitmen undangan, dan pengajian, tiada masa mencukupi. Bila tahu sahaja bakal diterbitkan, rasa macam mimpi pun ada. Hanya Allah Taala sahaja tahu apa tersirat di lubuk hati ini.

BERTEDUH DI KEBUN CINTA

Buku BDKC ini masih mengekalkan konsep sama, genre Motivasi Cinta, Kekeluargaan dan Dakwah, lebih segar, lebih matang, banyak solusi diterapkan. Paling penting kenapa kalian harus memiliki buku ini ialah kerana penyampaian tidak berat, lebih santai, ilmiah, terselit Kalamullah dan Hadith baginda s.a.w, serta dihiasi kata-kata hikam.

Buku ini adalah idea asal daripada teman-teman seperjuangan yang banyak memberi sokongan kepada saya agar berani menerbitkan buku berbentuk motivasi cinta, kekeluargaan dan dakwah (islamik), sebagai satu perkongsian, kerana ianya jarang ditulis oleh mana-mana individu di bumi anbiya’ ini.

Satu garapan penulisan santai, dihidangkan bersama gugusan idea mampan, menyentuh kepelbagaian urna konflik cinta di kesemua peringkat, iaitu pelajar (remaja), pertunangan, perkahwinan, dan keluarga.

BDKC ini menyediakan ruang yang luas terhadap pembaca untuk menyaring daya taakulan terhadap konflik-konflik dan kaedah penyelesaian yang dibincangkan, bukan sahaja sebagai pengisian rohani, tapi memberi sendiri peluang kepada pembaca untuk bertindak balas di setiap tajuk.

Berbaloi menggenggamnya dengan harga ditawarkan.

Latarbelakang buku:
Nama buku: Berteduh Di Kebun Cinta
Genre: Motivasi Cinta, Kekeluargaan, dan Dakwah
Jumlah bab/artikel: 37 artikel
Halaman: 230
Terbitan: Janub Saina’
Harga: LE27 (Mesir), RM25 (Malaysia-termasuk kos penghantaran)

Pelancaran akan diadakan pada tanggal sekitar 20-25 Mac 2010, di Kaherah tertakluk pada budi bicara pihak penerbit serta perbincangan bersama.

KOMENTAR

Sedikit ulasan oleh Ustaz Muhammad Najid Abdullah, Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir, merupakan seorang penulis berkenaan buku ini:

Saya pasti genre penulisan dakwah sering ditulis di lembaran risalah-risalah, majalah Suara Kampus atau di blog mahasiswa/i Mesir. Ia barangkali terlalu sering sehingga kita terlupa ianya adalah suatu genre yang punyai daya yang kuat untuk menyentuh hati pembaca.

Ketika diminta untuk atur huruf dan pruf karya motivasi dakwah ini, saya terus menghayati setiap rangkap dan butir isi yang mahu disampaikan. Ia seolah sesuatu yang tersimpan lama lantas mahu dibungkus semula dengan penuh kreativiti. Khazanah yang belum ramai dikalangan kita terutama yang masih berada di Mesir untuk serius memperjuangkannya.

Barangkali boleh saya katakan bahawa percubaan penulis muda Rezza Khanafiah menterjemah dan mengangkat karya motivasi Cinta dan Dakwah lantas dibukukan adalah percubaan yang baik dan perlu diberi sokongan. Ia adalah momentum keberanian untuk memulakan sesuatu yang perlu dan tepat pada masanya.

Cinta pula barangkali punyai variasi sudut pandang. Ada yang terlampau obsesif hingga secara pasti akan melekat jika sesuatu karya tertulis perkataan cinta. Sebahagiannya pula sekadar menganggap ia perkara biasa dan mengambil tahu sekadar perlu. Ada juga yang menganggap ianya adalah sesuatu yang tipikal dan sering dimainkan hingga menimbulkan alergik yang secara spiritnya memudaratkan jiwa raga dengan tema cinta.

Pada saya kepelbagaian itu adalah lumrah. Paling penting kita tidak menolak kehadiran fitrah dan jangan sesekali menjadi obsesif yang melampaui had manusia dan agama.

Justeru, “Berteduh Di Kebun Cinta” yang lahir daripada kantung genre motivasi dakwah dengan mengangkat tema cinta ini adalah sesuatu yang segar. Pastinya ia akan membuka mata masyarakat akan kebolehan insan yang namanya ustaz dan ustazah.

Siapa kata kita hanya stereotaip, straight dan kaku dalam mengemudi bahtera dakwah sedang buktinya depan mata yang kita juga mampu melakar dakwah dengan penuh warna. Pastinya ia dipanggil hikmah. Bukankah ianya adalah salah satu wasilah dakwah sebagaimana terjemahan firman:

“Serulah manusia menuju Tuhan dengan penuh hikmah dan peringatan yang baik..” (Surah Al-Nahl: ayat 125)

Sekian, syabas dan tahniah.

-Muhammad Najid Abdullah-

KHATIMAH

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama buat bonda dan ayahanda tercinta kerana sentiasa doakan perjalanan hidup saya. Begitu juga kepada teman-teman seperjuangan yang banyak menyumbang idea, Ustaz Muaz Shukri, Ustaz Zul’atfi Asha’ari, dan ramai lagi. Dan tentunya buat Ustaz Muhammad Najid Abdullah, Ustaz Muhamad Zulkifli Abdul Ghani dan teman dari Penerbitan Janub Saina’. Moga ukhuwah kita berpanjangan.

Kepada Ustaz Wan Muhammad Hanif Wan Muhammad, cantik design kulit buku, tersirat penuh pengertian.

Saya percaya, membaca buku ini akan menyediakan satu peluang untuk pembaca mengenali diri, mengenali manusiawi, mengenali Ilahi dari konteks cinta yang sebenar-benarnya.

Moga-moga BDKC adalah titik-tolak bagi menetaskan jiwa hamba, tegar membaiki diri, bermujahadah setiap kali tersungkur untuk mengenali Sang Pencipta Cinta, iatu Allah Azza-Wajalla.

Bagi para pembaca, teman-teman berada di Malaysia, boleh dapatkan juga buku saya. Siapa berminat, boleh hubungi Ustaz Zulkifli Abdul Ghani melalui e-mail beliau; shabab9119 [at] yahoo [dot] com, atau SMS ke telefon bimbit; +20110480695, sertakan juga nama penuh, alamat surat menyurat, dan nombor telefon bagi international shipping.

Apa tunggu lagi. Jom dapatkan segera!!!

p/s: Bagi peminat buku di Malaysia, tempahan boleh dibuat sekarang, jaminan akan terus sampai ke dakapan kalian. Pembelian 100 unit buku dan ke atas akan diberi diskaun.

See original: Saujana Mata Hati BDKC: Kelahiran Buku Terbaru

Share

Hujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa' Dimulakan.


Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

TG Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”. -MI

See original: Muslimeen United Hujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa' Dimulakan.

Share

Kempen Selamatkan Negara. Vol 5

Selamatkan Negara

Melalui

Penghayatan Islam

1. Kebelakangan ini negara kita mengalami perubahan suhu panas yang agak ketara . Paras takungan air menurun dan pemanasan suhu meningkat . Ia memberi kesan kepada tahap kemarau yang membimbangkan .

2. Sebagai seorang muslim dan mukmin , kita sangat yakin bahawa fenomena ini bukanlah terjadi dengan sendiri tanpa sebarang sebab atau hikmah disebaliknya melainkan ia adalah merupakan ketentuan Allah swt sebagai

a] ibtila' [ujian untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan]

b] kaffarah [ penghapusan dosa dan menyucikan jiwa ] atau

c] musiibah
[ bencana untuk manusia insaf , berfikir dan bertaubat ]

3. Kerakusan dan ketamakan manusia sekali lagi boleh menjadi faktor penyumbang kepada fenomena pemanasan suhu ini . Sebagai contoh mudah ialah , penebangan bebas dan menggondolkan bukit tanpa mengambil kira kesan ke atas alam sekitar , pembakaran terbuka , mengotor dan memusnahkan sungai . Kesan dari perbuatan tangan [ dosa ] manusia inilah mencetus musiibah . Firman Allah swt :


ظهر الفساد في البر و البحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Surah Ar Ruum : 41

4. Menyedari perkara [ musibah ] ini adalah datang daripada Allah swt , maka langkah yang paling bijak ialah kembali [ taqarrub dan taubah] kepada Allah swt. Bermula dari pemimpin , rakyat , ahli politik , ahli ekonomi , aktivis sosial dan semua pihak mesti kembali tunduk dan patuh kepada syariat Allah swt .

5. Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan menganjurkan solat Istisqa' [ sembahyang minta hujan ] adalah satu contoh yang paling bijak . Solat Istisqa' bukan sahaja berupa munajat [ memohon ] hujan tetapi turut mengandungi istighfar [ mohon ampun ] dan taubah serta tadharru' dan tawakkal [ merendah dan menyerah diri ] kepada Allah swt Tuhan yang menjadikan kemarau panjang ini .

6. Kaedah dan pendekatan seperti ini tidak berlaku di dalam sistem pentadbiran sekular yang memisahkan politik mereka dari agama . Akhirnya mereka akan terus sengsara dan derita bersama keangkuhan dan keegoan mereka yang enggan kembali kepada Allah swt . Tidak mustahil , kesombongan dan keangkuhan itu kelak akan membawa musibah yang lebih besar dan menjanjikan azab yang lebih pedih terutamanya diakhirat kelak .

7. Memerintah , mentadbir dan mengurus manusia serta negara , tidak hanya terhenti di atas kemahiran dan kepakaran tetapi mestilah juga berpaksi di atas kepatuhan dan ketundukan kepada syariat Allah swt .

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk [ rakyat dan pemimpin ] negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan .

Surah Al A'raaf : 96

8. Perjuangan yang memisahkan politik dari agama [ sekular ] adalah perjuangan yang bathil malah membawa mala petaka kepada negara . Negara yang ditadbir dan diperintah tanpa agama akan melahirkan manusia yang tidak kenal dosa dan pahala bahkan wujud pelbagai budaya maksiat dan mungkar yang mengundang jenayah serta salah laku atau penyelewengan moral [ akhlak ] .

9. Logik dan rasionalnya sesuatu sistem ciptaan manusia tentunya tidak boleh mengatasi peraturan [ syariat ] ciptaan Allah swt . dan tentu sahaja Allah swt lebih tahu bagaimana mengurus manusia sebagai makhluk ciptaanNya atau siapa yang boleh menafikan bahawa manusia adalah hasil ciptaan Allah swt ?

10. Selamatkan negara kita dengan menyeru seluruh rakyat kembali kepada Islam . Sementara non muslim diseru agar menerima dan memberi kepercayaan kepada Islam untuk mentadbir dan memimpin negara [ sementara mereka tidak dipaksa menganut agama Islam . Kerana:

a] Islam agama yang adil untuk semua .

b] Islam melarang segala bentuk jenayah dan menghukum penjenayahnya

c] Islam memberi hak membela diri bagi mereka yang dituduh

d] Islam menuntut bukti kukuh bagi mereka yang mendakwa.

e] Islam mengharamkan kezaliman dan penindasan

f] Islam anti rasuah dan sistem riba yang menindas

g] Islam menganjurkan perpaduan dan silaturrahim

h] Islam mengutamakan ilmu pengetahuan dan budaya yang sihat

i] Islam memelihara hak dan memulangkan hak kepada yang berhak

j] Islam menghormati pandangan dan agama yang berbeza

k] Islam bukan agama perkauman

l] Islam tidak eksterim sebaliknya sangat toleransi]

m] Islam benci maksiat dan mungkar

n] Islam menganjurkan keamanan , kesejahteraan dan keharmonian.

o] Islam menjaga keselamatan dan memberi perlindungan

p] Islam menaja kebersihan dan kesucian

q] Islam memastikan kesihatan dan keafiatan

r] Islam mengurus tamaddun dan peradaban yang sihat dan hebat

s] Islam adalah agama rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ bertambah kebaikan ]

t] Islam menjanjikan ketenangan dan kedamaian

u] Islam menawarkan keampunan

v] Islam menjanjikan ganjaran pahala dan syurga atas ketaatan

w] Islam menjanjikan dosa dan neraka atas penderhakaan

x] Islam menganjurkan kebajikan dan kebaikan

y] Islam membunuh segala sifat mazmumah [ jahat dan negatif ]

z] Islam membina segala sifat mahmudah [ baik dan terpuji ]

Jika Islam tidak benar dan betul atau ada yang tidak kena dengan Islam , sila beritahu saya , dimana tidak kenanya Islam ?

See original: Episode  Sebuah Perjuangan Kempen Selamatkan Negara. Vol 5

Share

France Readies Burqa Law, UK Urges Ban

CAIRO — While France is preparing a law to ban the wearing of face-veil in the European country by spring, the anti-veil camp is gaining new backers in neighboring Britain.

See original: IslamOnline.net > News France Readies Burqa Law, UK Urges Ban

Share

Israel Chokes 1.5mln Gazans For Soldier: UN

NEW YORK – The top UN humanitarian official is venting anger on Israel for maintaining a crippling siege on the 1.5 million Palestinians in the Gaza Strip in return for the release of a captured soldier.

See original: IslamOnline.net > News Israel Chokes 1.5mln Gazans For Soldier: UN

Share

India Quizzes Top Hindus Over Muslim Killings

AHMEDABAD, India — Two senior Hindu officials of India’s nationalist Bharatiya Janata Party (BJP) have been summoned for questioning over the massacre of Muslims in the western state of Gujarat eight years ago.

See original: IslamOnline.net > News India Quizzes Top Hindus Over Muslim Killings

Share

Penentu Jalan Kejayaan

Pasti wujud di kalangan para pembaca rasa berdebar-debar menanti tanggal 11 Mac 2010. Bila dah sampai, tinggal beberapa detik lagi, hati dah jadi gelisah, resah. Ketika ini ramai mengambil tindakan berkecuali, tidak banyak cakap, lebih senang dan tenang zip mulut sahaja. Mungkin juga ada di kalangan anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, atau ahli keluarga pembaca lain akan menerima slip peperiksaan SPM, dan STAM pada hari ini.

Dia tahu, harapan sudah pun terpikul di bahu, usaha sudah, tapi kali ini benar-benar mengundahkan jiwa, dia cuba memujuk diri, lari dari cengkaman ini. Usahkan calon SPM dan STAM, ibu bapa juga turut terbawa-bawa dengan gelagat sama bila melihat perubahan sikap anak-anak mereka.

Kita dulu bagaimana?

Ada sejarah tersendiri dilakarkan bukan?

Kalau kejayaan disebabkan usaha gigih kalian selama ini, linangan air mata kalian terlalu mahal, sangat manis. Namun kegagalan kalian disebabkan malas, dan kebodohan tindak-tanduk kalian dulu, jangankan ibu bapa, diri sendiri dipersalahkan bahkan air mata mendatangkan mudhorat. Jangan pula ada tidak bertegur sapa, tidak mahu ambil tahu dan sebagainya.

Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih, semua orang mempunyai makna kejayaan yang tersendiri, cara merai tersendiri, rasa kepuasan tersendiri. Kadangkala, bila kita puas selesaikan sesuatu perkara, itu pun dikatakan berjaya. Ya.. melalui kepuasan diri sendiri. Memang besar nikmat Allah Taala berikan kepada kita, nikmat akal, sihat dan sebagainya supaya kita dapat memilih yang baik mahupun sebaliknya.

Jangan pula salahkan takdir, andai diri pincang mentadbir.

Belajar itu tadbir, usaha itu tadbir, tuisyen itu tadbir, latihan tubi itu tadbir, berjaga malam mengadap buku itu pun tadbir, dan semua ini akan mempengaruhi takdir kita. Baik, Kita berjalan berbekalkan dua biji mata celik, tapi itu tidak bermakna kita selamat, kecuali kita ada hati-hati, berhati-hati melihat ke depan, kiri kanan ini adalah tadbir, bimbang ada lubang menghalang, pasti terseliuh kaki, natijah dari hati-hati tadi ada takdir kita.

Usaha dahulu, rasa susah jerih dulu, barulah berserah.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertakan kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertakan kemudahan” ash-sharh (94:5-6)

Redha pula dipenghujung ikhtiar.

Kehidupan itu adalah sekolah kepada diri kita, banyak perkara yang bisa dipelajari dalam hidup ini. kejayaan seseorang itu bukan sekadar terletak pada kesungguhan, tetapi pada kehidupan yang dilalui sehingga menjadikannya seorang yang berjaya.

Kesusahan dan keperitan hidup banyak mendorong seseorang untuk berjaya dalam hidupnya. jika kita kaji balik tentang kejayaan insan-insan hebat di dunia ni, kebanyakan mereka bermula dari keadaan susah menempuh keperitan hidup.

Penting kejayaan kita bukan sebaik-baik kayu pengukur andai kurang berjaya akhlak atau gagal sakhsiah.

Peluang untuk berjaya terbuka kepada sesiapa, tidak kira sesiapa pun kalian. Boleh jadi hanya anak seorang petani, anak nelayan, luaran biasa-biasa, kerana mengukur kejayaan itu perlu pada hati kental, tiada rasa putus asa, kehidupan susah lebih sinonim sebab perjuangan dia bukan sahaja perlu berjaya sebagai pelajar tapi paling penting sebagai manusia, seorang muslim (hamba).

Bila melihat keperitan mereka, apa yang mampu ialah menghulur secebis rasa simpati dan memberi harapan. Jujurnya, mereka sendirilah yang perlu bangkit dan meneruskan perjuangan di kala sisi luaran malap, hidupkan pula obor semangat dalaman.

Segala apa dilakukan manusia mempunyai kesan sampingan yang lebih ketara berbanding kesan yang datang dari makhluk Allah Taala lain. Ini kerana manusia dibekalkan akal untuk berfikir, deria untuk merasa, dan hati untuk mengerti. Baik buruk kelakuan manusia akan tahu juga mana air dan mana api, membedakan antara al-Haq (benar) dan al-Batel (salah). Kedua-duanya tidak akan bercampur. Kepulangan pada fitrah manusia agar jadi baik adalah kemuncak kesempurnaan iman di jiwa.

Kita berhak memilih jalan sendiri.

MASA DEPAN

Bila sudah terjawab semuanya, masing-masing sudah memegang slip peperiksaan, maka bermulalah lembaran baru, iaitu menentukan hala tuju seterusnya. Pasti ramai sedang berpusu-pusu ke bank untuk dapatkan borang UPU, permohonan dibuat secara online, lebih cepat, mudah dan selamat.

Kalau result setakat cukup-cukup makan, pening juga nak hitamkan bidang paling sesuai, jurusan mana lebih secocok. Kalau result hebat-hebat, tiada masalah sebab mereka lebih cenderung untuk bersaing dalam bidang kritikal kerana sudah terbukti mampu. Maka jadilah ada di antara kalian lebih suka memilih apa yang dipilih oleh teman karib, alasan mudah nak studi, senang ambil berat, tak mahu berpisah. Mereka ini akan cepat mengalami sindrom down di bidang bukan medan sebenar dia.

Pilihan sendiri dan pilihan paksa, jauh lebih menggerunkan bila dipaksa.

Kita tidak selama-lama akan bergantung kepada manusia lain, tidak bererti kita langsung menepis bantuan mereka. Kaki kita melangkah, kita putuskan ke mana, tangan kita pegang, kita tentukan mana satu. Kita hanya dibekalkan pengalaman, kata-kata orang lebih tahu mengenal kehidupan sebelum kita mampu celik, mampu pegang, mampu melangkah.

Masa depan anak-anak tidak seharusnya ditentukan oleh keluarga. Peranan keluarga hanya menunjukkan jalan-jalan yang seharusnya dilalui oleh anak-anak. Melalui kaedah ini mungkin anak-anak mempunyai gambaran tentang minat dirinya. Menentukan karier anak akan menjadikan mereka pada suatu hari nanti buntu bila menghadapi kemelut dalam karier mereka.

Tidak dapat meneruskan hala tuju dengan jitu dalam kariernya kerana jiwanya tidak penuh dengan apa yang dilakukan.

Maka jika dia seorang ahli ekonomi, ilmunya tidak dimanfaatkan dalam bidang ekonomi kerana jiwanya bukan jiwa ekonomi. Kalau dia seorang doktor, rawatannya hanya sekadar memberi rawatan, memberi ubat, dan dapat gaji besar. Jika dia imam masjid, maka dia hanya menjadi imam di kala solat sahaja, tidak lebih daripada itu. Mereka akan jadi jumud ketika berhadapan sistem nilai kehidupan.

Jika mereka mempunyai panduan dan bimbingan, mereka akan menjadikan minat dalam diri mereka sebagai option. Kalau mereka seorang pelajar perubatan, tanam sikap supaya benar-benar menjadi seorang doktor, berjiwa dan bernaluri doktor yang merawat bukan sekadar memberi deskripsi ubat. Mereka akan menjadikan minat mereka sebagai aktiviti kedua mereka.

Buatlah pilihan terbaik berdasarkan minat, bukan ikut-ikut teman kelak kalian akan penat. Mudah lesu dalam bidang itu.

Untuk kejayaan menyeluruh, penekanan perlu kepada penserasian atau pengimbangan pada kedua-dua hujung dengan memastikan bukan sahaja pengurusan masa, menghadiri kelas tambahan, latihan tubi, bersengkang mata baca buku tapi keupayaan kita berhubung dengan Maha Pemberi Kejayaan.

MULA DARI REBUNG

Bila kita berbicara tentang sebuah pokok bunga segar, tidak layu, pasti kita tahu kenapa terjadi keadaan sedemikian rupa. Sudah pasti cukup pengairan pada akar, tidak terlindung dari mendapat cahaya, tiada serangga perosak. Maka kita mula sedar, bahawa mendapat hasil seumpama ini bukan jalan mudah, perlu pada perhatian dan pemerhatian. Kita boleh samakan pokok bunga itu tadi adalah anak-anak yang perlu dididik, disuap ilmu, sebagai makanan rohani

Penjaga baik ialah seorang ibu bapa prihatin, melihat kehadapan, masa depan tumbesaran anak-anak mengjangkau jauh ke ufuk timur, mendasar jauh ke bawah perut bumi Ilahi, melambung jauh hingga ke angkasa.

Wahai ibu bapa ketahuilah, kelahiran anak-anak di dunia ini adalah pelajaran baru bagi kalian, ianya satu amanah perlu dipikul. Menjadi ibu dan bapa yang tidak mengherdik anak-anak dengan kata-kata kesat, tidak mendoakan yang bukan-bukan kepada anak. Kata-kata herdikan, akan menjadi doa yang akhirnya membinasakan anak-anak secara tidak sengaja.

Kesian kepada ibu bapa kebal menahan penat bekerja siang malam berpanasan, bersejukan tapi kurang kebal dalam mendidik anak-anak. Ujian barangkali kita nampak di luar sahaja, sebenarnya ujian daripada anak-anak lebih berat ditanggung, masyarakat tidak pernah kering air mulut mempersoalkan keburukan tangan kita daripada kebaikan.

Sumpah seranah terlekat di birai bibir mereka, ngeri pula bila terkenangkan begitu.

Belajar untuk berkata cukup pada apa yang ada, semua itu bukan penghalang untuk mencari kebahagiaan dan keredhaan di sisi Allah Taala. Rahmat Allah Taala jua penentu segala-galanya, jadikan kekurangan ada untuk kita membina kekuatan. Kurang tidak bererti kita lemah, lemahnya kita sebab kita kurang bersedia mencanang hidup ruh islami dalam dunia serba mati ini.

See original: Saujana Mata Hati Penentu Jalan Kejayaan

Share

Iraq Race Tight, Opposition Cries Foul

BAGHDAD – As Shiite rivals were locked in a tight race Friday, March 12, to win Iraq’s prime minister post, opposition claimed ‘massive’ fraud in this week’s parliamentary elections.

See original: IslamOnline.net > News Iraq Race Tight, Opposition Cries Foul

Share

US Scolds Europe For Muslim Discrimination

WASHINGTON –- The discrimination Muslims face all across Europe is alarmingly on the rise, the US said in a damning report on human rights, warning of a deteriorating rights situation worldwide, mainly due to raging conflicts.

See original: IslamOnline.net > News US Scolds Europe For Muslim Discrimination

Share
dakwatuna.com's picture

Rajmohan Gandi: Islam Tidak Identik dengan Terorisme

dakwatuna.com – Jakarta, Banyak orang yang berpengaruh di Amerika Serikat (AS) dan Eropa meyakini terorisme dan Islam selama ini saling berkaitan kuat. Padahal ini hanyalah propaganda negatif dari sebagian kecil kalangan yang menginginkan terjadinya perpecahan di dunia.
“Saya dan tentu saja kakek saya, tidak akan pernah sepakat dengan berbagai macam isu yang selalu mengaitkan bahwa Islam [...]



See original: dakwatuna.com Rajmohan Gandi: Islam Tidak Identik dengan Terorisme

Share
DrSiti Mariah Mahmud's picture

Cadangan kepada PAS

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencadangkan agar PAS turut menetapkan kuota 30 peratus golongan wanita untuk memegang jawatan di peringkat tertinggi parti.
Bercakap dalam satu Wacana Pemberdayaan Wanita anjuran Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang baru-baru ini, Saari juga berkata, adalah sesuatu yang baik jika 30 peratus daripada ahli Majlis Syura Ulama PAS terdiri daripada golongan wanita.
Sambil mengakui sesetengah pandangan dalam Islam bahawa wanita tidak boleh menduduki jawatan pertama dalam negara, namun beliau menyeru agar ulama Islam khususnya dalam PAS menilai semula pandangan itu.
“Walaupun kadang-kadang saya tersekat dengan pandangan dalam Islam bahawa wanita tidak boleh menduduki jawatan pertama ketua pemimpin negara,  tapi hari ini dengan pandangan-pandangan yang telah saya semak,  saya menyeru agar ulama Islam khususnya dalam parti yang saya dokong, iaitu PAS, menilai semula keputusan dan kedudukan yang mengatakan wanita boleh memimpin dan membuat keputusan, terlibat dalam proses syura dan dalam proses membuat keputusan, tetapi tidak boleh memegang jawatan nombor satu dalam negara atau organisasi.
“Oleh itu saya menyeru bukan sahaja dalam PKR dan DAP, tetapi dalam PAS supaya pelaksanaan 30 peratus ini berakar umbi daripada cawangan, kawasan, dan negeri sehinggalah membolehkan wanita-wanita menduduki pimpinan PAS di pusat sebanyak 30 peratus.
“Saya mencadangkan  alangkah cantiknya sekiranya 30 peratus daripada Ahli Majlis Syura Ulama PAS  terdiri daripada ulama wanita,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya semua parti dalam Pakatan Rakyat berjaya menghidupkan budaya itu, politik baru boleh disuburkan dengan meneruskan komitmen untuk melaksanakan perubahan  di negara ini.
“Kalau budaya ini dapat kita hidupkan, maka kita boleh membawa satu politik baru sekiranya kita berjaya ke Putrajaya. Kita akan terus mempunyai keupayaan dan komitmen untuk menggerakkan satu perubahan di negara Malaysia kerana kita bukan hanya bercakap tetapi beramal dengan memperkasakan dan memberdayakan wanita dalam proses membuat keputusan dan terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan yang kritikal dalam pentadbiran parti,masyarakat, negeri dan negara,” tegasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata, amat penting untuk golongan wanita memegang jawatan tertinggi di setiap kementerian memandangkan jumlah wanita yang ramai di negara ini.
 “Kenapa pentingnya ada wanita yang ramai dalam kementerian atau sebagainya, kerana semua aspek dalam kerajaan kita ini memerlukan pertimbangan ataupun perancangan yang melibatkan orang perempuan.
 “Dalam banyak aspek, golongan wanita lebih teliti dan memahami  keperluan wanita dalam membuat keputusan. Contohnya dari segi kebajikan dan keselamatan wanita. Pemikiran seperti ini tidak ada dalam kerajaan kita sekarang. Mereka tidak memikirkan tentang keperluan orang perempuan itu,” katanya yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat.
Seorang lagi panelis, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Haniza Talha pula berkata, masyarakat khususnya kaum lelaki tidak perlu risau apabila Pakatan Rakyat meletakkan 30 peratus golongan wanita untuk menduduki kedudukan di peringkat pembuat dasar dan keputusan kerana ia sebenarnya ia adalah hak wanita yang belum dipenuhi.
Wanita pula, ujar Adun Taman Medan itu,  harus lebih bersedia untuk menghadapi situasi demikian dengan memberikan kesedaran kepada golongan lelaki berhubung peranan wanita dalam pembangunan negara.
“Kebanyakan lelaki merasakan apabila kita menyatakan 30 wanita di peringkat membuat keputusan, kit amengambil tempat mereka. Sebenarnya tidak.
“Kita meminta apa yang kita tidak pernah dapat, bukan mengambil hak lelaki. Kita meminta hak kita yang memang ada. Kita bukan minta 100 pertaus, tapi cuma 30 peratus sahaja. Itu pun sudah bergegar dan dianggap menggugat kedudukan lelaki.
“Ini situasi yang kita kena hadapi dan kita kena berusaha menjelaskan kepada masyarakat rasionalnya 30 peratus golongan wanita di peringkat tertinggi ini,” katanya.

See original: Dr Siti Mariah Mahmud Cadangan kepada PAS

Share

Kempen Selamatkan Negara. Vol 4

Pahang Bakal Bankrap

di bawah Kepimpinan

UMNO dan BN

1. Kemakmuran negeri Pahang kini kini terganggu dan terancam teruk gara - gara kepimpinan kerajaan UMNO dan BN yang bukan sahaja tidak cekap mentadbir dan mengurus tetapi boros , rakus , tamak dan khianat terhadap rakyat dan hasil mahsul negeri .

2. Pengurusan kewangan negeri Pahang mengalami defisit 12 tahun berturut - turut . Belanjawan negeri untuk tahun 2010 yang dibentang pada bulan November tahun lepas menunjukkan angka defisit sebanyak RM 92,481,950.00 untuk tahun yang ke 12 berturut - turut . Ini sungguh memalukan bagi sebuah negeri seperti Pahang yang didakwa makmur dan maju dibawah kepimpinan UMNO dan BN .

3. Pahang antara negeri yang boros dalam pengurusan kewangan dan hasil mahsulnya . Lihat sahaja laporan Ketua Audit Negara , setiap kali laporan dibentang ada sahaja teguran diberikan kepada pengurusan kewangan negeri Pahang . Sebagai contoh " kos service kereta exco kerajaan negeri lebih mahal dari harga pembelian kereta tersebut "

4. Pahang sedang menanti hari untuk diisytiharkan bankrap . Setelah Astana Golf & Country Club disita , diikuti pula tuntutan saman bernilai RM 63 juta oleh syarikat Seruan Gemilang Makmur yang telahpun diarah bayar oleh mahkamah kini Pahang seperti jatuh ditimpa tangga apabila berdepan pula dengan saman dari dua buah syarikat lagi iaitu Spag'n Plantation Sdn. Bhd [ RM 209 juta ] dan Upayapada (M) Sdn Bhd [ RM 24 juta ] . Kesemua saman ini melibatkan kes pembalakan .

[ Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta ]

[ Syarikat Spg’n telah mebuat satu cadangan Projek Ladang Hutan atas tanah kerajaan seluas 3500 ekar di Mukim Penor. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pada 16 Jun 2009. Syarikat telah membayar RM 185 325 untuk kos ukur dan penyediaan hak milik ladang. Syarikat tersebut mendakwa kerajaan negeri telah memberi pula projek berkenaan kepada syarikat lain.]

[ Syarikat Upayapadu pula melibatkan konsesi pembalakan seluas 23 000 ekar dalam daerah Raub. Syariakt menjelaskan bayaran sebanyak RM 413 086.35 merangkumi deposit, penyediaan sempadan, pemprosesan lesen dan lain lain . Namun kerajaan negeri gagal mengeluarkan lesen ]

[ Spag'n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd turut menyaman Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana mengingkari janji . ]

5. Sebelumnya syarikat Asia Chart Sdn Bhd juga telah mengemukakan dua saman kepada kerajaan negeri Pahang yang bernilai hampir RM 200 juta berkait dakwaan ingkar janji dalam kes pembalakan .

6. Kerajaan negeri Pahang juga berhadapan dengan saman oleh penduduk Bukit Koman Raub berhubung projek perlombongan emas dan peneroka Lembah Klau .

7. Sementara hutang luar kerajaan negeri Pahang kini telah mencecah RM 2 bilion .

[ Sekiranya Kerajaan tidak mempunyai dana untuk menanggung operasi pentadbiran negeri , tentu sahaja rakyat akan menjadi mangsa melalui kenaikan cukai tanah , cukai pintu , tarif air dan parking kereta . Lebih parah kalau kerajaan negeri tidak mampu membayar sub - kontraktor , ia akan membayarnya dengan menggunakan tanah dan aset negeri yang lain . Akhirnya rakyat juga menjadi mangsa .]

8. Pembendaharaan balak negeri semakin pupus ekoran kes kecurian balak yang berleluasa seperti yang berlaku di Hutan Simpan Lepar , Maran dan Tersang termasuklah kerakusan dan salah urus kerajaan negeri melibatkan hasil dan sumber utama negeri Pahang ini . Sebagai contoh saya bawakan dakwan Ahli Parlimen Kuantan Yb. Fauziah Salleh :

[ Saya nak tunjukkan peta, ini adalah kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan dalam tempoh setahun setengah di Pahang yang melibatkan dua hutan simpan,"

“Dia punya total ialah 42 ribu ekar atau 17 ribu hektar secara total tetapi ianya dipecahkan kepada kompartmen-kompartmen yang diluluskan kurang daripada 500 hektar maksudnya tidak perlu EIA. Dan mereka melanggar sistem tanpa membuat EIA [ Penilaian Kesan Alam Sekitar ] , tanpa kelulusan EXCO. Ia terlepas dari kerajaan negeri tetapi apabila kita petakan, ia kelihatan seperti ini,"katanya.

Ujar Fuziah, tindakan tidak bertanggungjawab ini akan mengakibatkan hutan yang sepatutnya menjadi tempat tadahan air menjadi gondol dan menyebabkan kejadian banjir lumpur dan banjir kilat.

Malah menurut Fuziah, sekiranya tiada kawalan yang sewajarnya dilakukan, bandar Kuantan yang kecil berbanding dengan kawasan pembalakan tersebut mungkin akan tenggelam akibat bencana alam yang tidak dijangka.]

9. Hanya pemimpin atau kepimpinan yang beriman dan bertaqwa serta perlaksanaan syariat Allah swt sahaja yang mampu mengembalikan semula kemakmuran negeri Pahang Darul Makmur ini . Firman Allah swt :

و لو أن أهل القرى آمنوا و اتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء و الأرض و لكن كذبوا فأخذناهم بما كانوا يكسبون

Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.

Surah al A'araaf : 96

10. Justeru itu rakyat mesti bangit dan berjuang melakukan perubahan bersama agenda perjuangan Islam dengan menolak kerajaan UMNO dan BN yang telah menodai mandat rakyat sejak lebih 50 tahun lalu . Kini tiba masanya rakyat menghukum dan mendidik segala penyelewengan dan kerakusan kerajaan UMNO dan BN yang angkuh lantaran terlalu lama dan selesa memerintah sejak 50 tahun lalu .


See original: Episode  Sebuah Perjuangan Kempen Selamatkan Negara. Vol 4

Share
khalidsamad's picture

Isu Natrah Tidak Satukan Rakyat Melayu

Dzulfikar Mashoor (HarakahDaily)

SHAH ALAM, 12 Mac: Merujuk pada sejarah Natrah yang meletus pada 1950 lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa umat Melayu tidak pernah bersatu seperti yang didakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

"Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak pernah bersatu," kata beliau petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen, di sini.

Menurut beliau, orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah gadis juvana terbabit, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menurut beliau menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura.

"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan.

"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama Umno juga adalah tidak benar," jelasnnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, cita-cita PAS sejak 1951 dulu adalah mengajak semua rakyat pelbagai kaum bersatu padu atas nama keadilan Islam.

"Atas dasar Islam yang dipegang PAS, kita bukan nak rakyat berpecahk-pecah, kita nak semua rakyat berbilang kaum bersatu atas keadilan sosial yang diperkenalkan Islam," katanya.

Pun begitu, beliau berkata, PAS tidak perlu bersatu dengan Umno kerana parti perkauman Melayu itu cenderung pada kezaliman sejak era penjajahan lagi.

Sehubungan itu, beliau seolah-olah menganggap dasar perjuangan Melayu oleh Umno lebih hina dari dasar 'keadilan sosial' yang diperjuangkan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Dasar perjuangan Umno lebih hina dari parti-parti politik yang lain, bersama kami (dalam Pakatan Rakyat) kerana parti-parti ini memperjuangkan keadilan sosial," jelasnya.

Selasa lepas, beberapa media arus perdana melaporkan Muhyiddin turut melahirkan rasa yakin bahawa parti-parti poltik yang mewakili umat Melayu boleh mencapai perpaduan sekiranya semua pemimpin parti-parti terbabit berusaha ke arah itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian buku 'Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata' di ibu negara.

Ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

www.khalidsamad.com

See original: Khalid Samad Isu Natrah Tidak Satukan Rakyat Melayu

Share

Gaza...1000 Days Under Siege

Pitifully looking at her baby child, Om Yamen is recalling the past 1,000 days of her life under a crippling Israeli siege...

See original: IslamOnline.net > News Gaza...1000 Days Under Siege

Share

US Court OKs “God” in Pledge of Allegiance

CAIRO – A US federal appeals court has upheld the use of the word “God” in the pledge of allegiance and on currency, reported the Bloomberg BusinessWeek on Friday, March 12.

See original: IslamOnline.net > News US Court OKs “God” in Pledge of Allegiance

Share